Sunday, 16 September 2012

kenapa saya??


asalammualikum semua :), sihat? miera sihat je tau tapi mood miera takberapa nak okay lah harinih. semua orang tertanya-tanya ape problem miera sebab miera nampak kusut je. miera pun taktahu ape yang terjadi dekat miera nih, miera sedih pun sebabkan seseorang yang miera sayang telah mendiamkan diri dari miera. ape salah miera dekat dia ek?kenapa miera?kenapa? sumpah miera taknak keseorangan lagi, miera terlalu sayangkan dia. miera nak dia tahu betapa besarnye cinta miera dekat dia, tapi kenapa dia masih takfaham miera?? kenapa awak mendiamkan diri dari saya? saya nakk dengar suara awk gelak,awk menganjing saya,awk menangis then awk cakap kata2 manis dekat saya. tapi kenapa semua tuh hilang sekelip mata je? mungkin awak dah ade pengganti sye yang lebih sempurna dari saya kan:'(. saya hanya seorang insan yang awk jadikan boneka kan, tapi ape salah saya ek? okaylah bye2 awak

Sunday, 2 September 2012

Takot


hye assalammualikum, miera rasa takot sangat sekarang nih. miera pun taktahu kenapa. agak agak korang sheede tuh setia ke tak ek?? dia dah lah jauh dari miera kan, miera taknak dilukai lagi. dari semalam sampai harinih miera langsung tak text dia, miera nak sangat call dia tapi kalau miera cari contact dia dalam phone then miera nak call mesti hati miera berdebar-debar. miera taknak sendiri lagi, sumpah nak nangis je rasa. tolong jangan lukakan hati bby ye bie. bby sayang bie sangat-sangat :'(

Friday, 24 August 2012

Nak BB pin sayang :D


Assalammualaikum semua, hehe rindu tak dekat miera? haha kalau takrindu taknak kawan:p btw miera dah lama tak post blog macam nih tau. korang ada kemahuan yang korang nak sangat-sangat, kalau boleh sekarang pun korang nak pergi beli. okay miera nak cerita sesuatu dekat blog yang miera nak sangat-sangat. nih lah dia phone BLACKBERRY, perhhh kalau miera dapat memang miera jaga elok-elok then miera simpan dia elok-elok kalau boleh nak mandikan dia setiap hari pun takpe, haha bengong rosak lah nanti kan haha. miera nak yang jenis curve 8520 je, haha tuh pun kalau boleh. boleh tak sape-sape tolong pergi belikan sekarang, tak kira nok jugokk hahaha gila :D. kan best kalau daun boleh bertukar jadi duit, apa yang kita nak mesti terus dapat. takde lah sampai nak kene kutip duit raya baru boleh pergi beli, pahcerohhhh lah macam tuh kan :).sumpah jelouse bila tengok main BB depan mato je, haish rasa nak rampas je daripada diaorang,okay lah bye bye :p

Tuesday, 21 August 2012

Hasiedi Hakim Bin Azmi


assalammualaikum semua, sihat? banyak dapat duit raya? haha miera sikit je lah :'(. okay lah miera taknak cite pasal duit raya tapi miera nak cite pasal someone yang special bagi miera. jeng jeng, hahah mesti korang nak tahu kan? okay nama dia Hasiedi Hakim Bin Azmi, dia stay dekat Kemaman. kiteorang couple pada 19.7.2012. dia seorang yang baik, kalau miera merajuk mesti dia pujuk, dia nih sweet sangat-sangat. untung tak miera dapat dia, hahaha :p jangan jealouse. miera sayang dia sangat-sangat, hee :*. setiap malam kiteorang TALKING TO THE MOON sama-sama, awssss sayang mung SUPERMENGG :D

Friday, 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA


assalammualaikum semua, okay lah kali ini miera nak cerita pasal hari raya yang akan datang 2hari je lagi. korang dah buat persiapan ke belum nih?kalau belum baik buat cepat-cepat sebab raya dah nak dekat dah nih. baju raya miera tahun nih warna itam polkadot, hehe buruk kott. miera nak kumpul duit raya banyak-banyak sebab nak beli apa yang miera nak selama nih. hope berjaya kumpul duit kan. besok miera nak bertolak balik kampung dah tau, hehe dekat je dekat jerantut je :D. okay lah miera nak out dulu nih, bye-bye . SELAMAT HARI RAYA :D

P/S--> gambar tuh tak berapa jelas so korang pandai-pandai lah yerkk. heheh malas nak edit. btw selamat hari raya kepada semua

Saturday, 11 August 2012

sayang korang :*


hye hye, sekarang miera taknak sedih-sedih. miera nak happy je, sebab miera nak cerita pasal orang paling miera sayang. okay kalau korang tengok dekat gambar sebelah ni, time nih kiteorang pergi sukma 2012 tengok bola tampar dekat smk tanah putih. okay lah nak cerita pasal gadis-gadis melayu terakhir kita nih, ekhem-ekhem haha okay awekk yang pertama yang nak saya ceritakan adalah budak yang dia atas itu. pftttttt dekat sekolah dialah orang yang paling comel sekali, nama dia SYAZWANI AMIRAH BT HISHAMRUDIN a.k.a roti canai Haha. dia seorang yang kretif dan dia jugak kuat menjerit dalam kelas. kadang-kadang nak pecah gegendang telinga miera nih. dia seorang yang baik hati, hmmm baik lah sangat kan . HAHAH okay selesai cerita pasal budak comel tuh.
okay awek yang kat bawah tuh, hahah siap lah kau. nama dia FARHAH AMIRAH BT AHMAD YANI a.k.a singa, perhhhhhh anak matsalleh celup tuhh hahah. dia sangat garang orang nye, kalau sape cari pasal dengan dia memang cari nahas. dia kacip miera tau, kalau ada-ada apa masalah mesti miera cerita dekat dia. dia gelak memang kejam gila, hahah kadang-kadang memang taksedar diri. haha saya dan dia memang satu kepala. okay membe yang nih memang aku dan semua orang pasti senang kalau dapat bersama dengan dia, nama dia NUR NAQIBAH IZYANNI BT ISMAIL a.k.a mael lambung haha. dia nih comel macam teddy bear tau. dia senang nak bergaul dengan sape-sape pun, dia pandai jaga hati orang. dia nih taksuka kalau orang kacau kacip-kacip dia, hahah katang tak dia?? dia suka buat orang ketawa tak kering gusi, dia memang terbaekkk lah. dia seorang yang sensitif lah jugak and kuat merajuk tapi jangan risau sebab dia ngajuk dalam 2minit je. miera dengan dia kalau bergabung memang jadi setann lah jawabnye hahha, okay lah takmau bukak aib orang dibulan puasa nih, heheh tatatititutu :D

sweet :)

assalamualikum semua , sorry lah if blog saya nih semua kisah sedih-sedih. saya hanya dapat luahkan semua nye dekat sini je, saya teringin nak jadi sweet couple mcm gambar dekat sebelah nih, jealouse nye lah. kenapa lah susah sangat nak jumpa ek? apa boleh buat kan, kita tak cantekk macam orang lain. kita nih NERD je lebih kott. tapi teringin jugak nak jadi macam tuh :'(

Friday, 10 August 2012

menangis lagi :'(


kenapa lah selalu nak buat aku menangis lagi nih wehhhhh!taklarat lah macam nih awak,saya nih ada perasaan jugak. tolong lah faham saya buat kali nih je , saya sayang awak sangat-sangat . kenapa selalu sakitksn hati saya nih , saya nak sangat awak faham saya untuk kali nih je . saya manusia yang lemah awakk , saya tak sekuat yang awak sangka . please jangan buat saya menangis lagi , saya tak sanggup :'(

Monday, 6 August 2012

Talking to the moon

saya rindu dia , kenapa awak berubah . awak dah janji dengan saya nak teman saya tengok bulan sama-sama dengan saya tapi awak lupa semua tuh . saya taknak kehilangan awak lagi , tolonglah faham saya kali nih je . saya tahu saya selalu marah-marah awak bila awak lambat replay text saya, saya selalu merajuk dengan awak tanpa sebab dan saya tahu semua tuh . maafkan saya kalau saya ada buat awak sakit hati , untuk malam nih sudikah awak teman saya tengok bulan sebab saya tengah rindukan awak nih :'(

sabrina shakira gedikkk :p


hye asalammualaikum , hahah sihat tak ? miera sihat je tau . harinih miera nak cite pasal seorang yang paling miera sayang , hahah mesti nak tahu kan . haaa nama dia nih Sabrina shakira , umur dia 15 tahun . dia sekolah dekat smk paya besar . tahu ? dia comel sangat tau dan dia suka buli miera. dia selalu ejek miera Haziq , padahl miera dengan Haziq takde ape-ape pun . miera dah anggap kak sabrina macam kakak miera sendiri . miera sayang akak sangat-sangat muahhhhh :*

kisah hidup


kenapa kita perlu ada kasih sayang dari seseorang??aku nak sangat kasih sayang yang ikhlas dari seseorang . tapi apa yang aku dapat kasih sayang yang sementara sahaja , kenapa aku yang kene tanggung semua nih . aku tak sanggup nak hadapi semua nih lagi , aku cuba nak setia tapi kenapa orang yang aku sayang semua taksetia . tolong jangan perlakukan aku macam nih lagi , aku tak larat dengan penderitaan ini lagi :'(

Sunday, 11 December 2011

sad :(((


kenapa larhhh harinih rasa sdih sngat2 ! pdahal harinih bnyak benda best yg ak lalui spanjang harinih . Aku rindu kwn2 yg laen , tp harinih ak kuat sngat touching ngn dyorg giler-giler . Hermmm , miss nyer kat dyorg kalu leyh tiap2 hari nk tgk muka dyorg tanpa rasa jemu ak nih ! Kalau dyorg maseh prlukan ak , ak rasa mmg happy n klau leyh ak xnk henti tlis blog nih ! Oke larhhh 6ti sambung lg , kbhai :D